Seniman bidas Patrick Teoh, tuntut penjelasan terbuka


PEPATAH Melayu ada menyebut, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.  Begitulah yang berlaku kepada salah seorang pelakon tanah air, Patrick Teoh, hari ini.Berikutan kenyataannya yang menyentuh sentimen agama Islam, pelbagai pihak telah mengecam tindakannya yang disifatkan melampau itu di laman sosial Facebook dan Twitter.Persatuan Seniman Zed Zaidi membidas tindakan pelakon itu menghina Islam dalam kenyataannya mempertikaikan keputusan Kerajaan Negeri Kedah semalam.Beliau menyifatkan kenyataan Teoh sangat tidak profesional dan tidak relevan sama sekali.“Mewakili persatuan, saya mengutuk segala kata-kata kesat yang dikeluarkannya berhubung sentimen agama kita.

“Kalau dia nak bagi pandangan atau rasa tak puas hati, saya tak kisah. Itu pandangan peribadi. Tetapi saya tidak bersetuju apabila dia menggunakan sentimen agama,” katanya kepada Sinar Harian Online.

“Soal agama ini sangat sensitif... boleh bawa kepada peperangan. Dia perlu jelaskan keadaan sebenar.

“Marah kerajaan negeri marahlah... yang pergi sentuh agama Islam kenapa? Gunalah kata-kata yang baik. Bukan kata-kata kesat seperti itu,” katanya yang kesal dengan apa yang berlaku.

Zed Zaidi memberitahu, laporan polis boleh dibuat jika ada pihak lain yang tidak berpuas hati.

“Siapa yang tidak puas hati, boleh buat laporan polis kemudian rujuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Seniman akan pantau dulu, tengok kronologi... mungkin akan bawa ke SKMM sebab kita kena siasat secara profesional, kemudian, baru boleh cakap,” katanya.

Seniman menyarankan Teoh membuat sidang media bagi menjelaskan keadaan sebenar memandangkan permintaan maafnya seakan tidak diterima banyak pihak.Berikutan kenyataannya yang menyentuh sentimen agama Islam, pelbagai pihak telah mengecam tindakannya yang disifatkan melampau itu di laman sosial Facebook dan Twitter.Meskipun pelakon itu sudah meminta maaf menerusi laman sosial, sesetengah pihak beranggapan maaf itu tidak cukup untuk menarik balik kata-kata kesat yang dilemparkannya itu.
Dalam melahirkan bantahannya terhadap garis panduan 1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013 yang dikeluarkan Kerajaan Negeri Kedah itu, Teoh turut mempersoalkan sembahyang lima kali sehari umat Islam dan pemakaian tudung.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul