Semua ahli Majlis Syura PAS 'lesap' selepas mesyuarat bincang isu kalimah Allah...Kenapa Jadi Bergituuuu
Sikap pemimpin PAS takut jumpa wartawan apabila ada isu besar babitkan parti itu..tunggu berjam-jam tetapi akhirnya hanya diberikan kenyataan akhbar oleh kakitangan ibu pejabat PAS itu.kejadian sama berulang terhadap kira-kira 20 petugas media yang mahu buat liputan mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS berhubung isu kalimah Allah.
Kerana Menteri Besar Kelantan itu tidak keluar ikut pintu depan pejabat, sahlah beliau keluar ikut pintu belakang.Harapan terakhir wartawan untuk jolok juga pemimpin PAS tertumpu kepada Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din yang dipercayai belum meninggalkan bangunan itu.


Comments