Sandiwara DAP pujuk Melayu
Pelbagai pihak mempersoalkan dakwaan DAP kononnya berlaku kesilapan dalam
keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang menyaksikan
pemimpin Melayu dalam parti itu, Zairil Khir Johari memenangi salah satu
daripada jawatan berkenaan.
Mereka berpendapat kesilapan itu sengaja direka kerana mahu membuktikan tidak wujud perkauman dalam parti dan pemimpin Melayu turut diterima untuk memegang jawatan utama.
Mereka berpendapat kesilapan itu sengaja direka kerana mahu membuktikan tidak wujud perkauman dalam parti dan pemimpin Melayu turut diterima untuk memegang jawatan utama.
Ini kerana kesilapan hanya diumumkan kira-kira tiga minggu selepas
pemilihan 15 Disember lalu, walhal Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sendiri
mengakui beliau dimaklumkan perkara itu pada 17 Disember, iaitu dua hari selepas
pemilihan.

Comments