Rakyat Kelantan sudah Mula marah....

Teramat-amat dukacita. Sebagai anak jati negeri ini saya sememangnya tidak dapat menerima hakikat tindakan kerajaan negeri meluluskan tanah kepada wakil rakyat DAP.
“Rakyat negeri ini masih ramai berdepan dengan masalah pemilikan tanah. Kerajaan negeri sepatutnya terlebih dahulu mengutamakan keperluan rakyat sendiri berbanding orang luar".
- Faizil mohamad Yaman, 38.

“Kalau kata kelulusan itu adalah atas dasar untuk membangunkan tanah, kenapa tidak diusahakan sendiri atau lantik sahaja kontraktor bumiputera dalam kalangan masyarakat tempatan.
“Mana keupayaan kerajaan Pas ini dalam usaha untuk membangunkan negeri dan rakyat melalui tanah yang bernilai komersial itu kalau semua bentuk pembangunan diserahkan kepada orang lain.
“Apatah lagi kelulusan itu pula diberikan kepada wakil rakyat dari kalangan sekutunya sendiri (DAP)".
- Mohd. Fared Ramli, 26.

“Sedih dan memeranjatkan. Kerajaan negeri seharusnya lebih bertanggungjawab untuk mencari jalan yang lebih berkesan untuk membangunkan tanah tersebut bagi menjana kewangan negeri tanpa melepaskan pegangan ke atas orang lain.
“Lebih-lebih lagi dengan keadaan negeri dan rakyat yang begitu daif dan terdesak memerlukan sumber pendapatan bagi meningkatkan taraf hidup".
- Rostan Loman, 44.

“Ini menunjukkan kerajaan negeri tidak mengutamakan rakyatnya sendiri. Mereka lebih cenderung ke arah menjaga kepentingan politik parti sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuk dalam isu tanah ini.Malah, selain itu tindakan ini jelas menunjukkan bahawa mereka lebih suka bekerjasama dengan DAP".
- Tengku Arief Tuan Hassan, 38.

“Saya tidak mahu pergi jauh, persoalannya kenapa DAP? Kenapa kepada wakil rakyat dari sekutu partinya bukan orang lain. Apa untung kepada kerajaan dan rakyat selepas kelulusan itu dibuat".
- Ariff Hakimi Zulkifli, 33.

“Tindakan itu jelas menunjukkan bahawa kerajaan Pas Kelantan sesungguhnya telah menganak tirikan anaknya sendiri.Sanggup hulurkan harta yang ada kepada orang lain tetapi anak sendiri merempat tidak dipeduli."
- Noorsuria Edayu Sulaiman, 28.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul