Rakyat Derita Akibat Permainan Pembangkang Seleweng Fakta Isu Air
Skim mega ini melibatkan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan pembinaan sistem-sistem bekalan air yang berkaitan dengannya. Projek ini amat diperlukan kerana ia akan memastikan pemintaan bekalan air akan mampu ditampung secara stabil sehingga tahun 2029.
Apa yang Pakatan Rakyat lakukan setakat ini?
Mereka memilih untuk berpeluk tubuh dan tidak berbuat apa-apa dengan bermain politik kepartian sempit yang membahayakan kebajikan rakyat.Pakatan Rakyat menunjukkan sikap keras kepala dan masih dengan alam fantasinya dengan mengatakan bekalan air terawat mencukupi sehingga tahun 2019. Hasilnya, kini beberapa kawasan Kuala Lumpur,Hulu Langat dan Klang sering mengalami gangguan bekalan air akibat krisis air yang semakin serius di Lembah Klang.Sebelum keadaan menjadi lebih parah, kerajaan pusat terpaksa mengambil langkah drastik untuk melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Langat 2, samada dengan kerjasama kerajaan Pakatan Rakyat Selangor atau tidak.Biarlah pembangkang bermain politik dengan menggadaikan hak rakyat namun BN sesekali tidak akan menghukum rakyat hanya kerana perbezaan fahaman politik.
Apabila ditekan oleh kerajaan pusat mengapa Pakatan Rakyat masih mahu menangguhkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2, bermacam-macam alasan yang tidak logik dan masuk akal diberikan oleh Menteri Besar dan pemimpin-pemimpin pembangkang.
Pakatan Rakyat bukan sahaja mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan malah memutar belit fakta kerana takut rakyat menolak mereka apabila tahu kedudukan isu yang sebenar.

Comments