PRU13 antara 20 Feb hingga 20 Mac...Jeng Jeng Makin Hampir


PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan meminta supaya parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebelum 21 Mac nanti.Spekulasi bahawa Perdana Menteri akan mendapatkan persetujuan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk pembubaran pada bila-bila masa antara 20 Februari dan 20 Mac.Sumber dalaman The Star menyatakan bahawa 21 Mac adalah hari Dewan Undangan Negeri Johor tamat tempoh selepas lima tahun.
 "Ahli Dewan Undangan Negeri Johor mengangkat sumpah pada 21 Mac. Oleh itu, tempoh berkhidmat mereka akan berakhir pada tarikh sama tahun ini."Kami menjangkakan Perdana Menteri untuk mengadap Agong dan meminta Parlimen dibubarkan sebelum itu," kata sumber.
Sumber itu menyatakan bahawa Najib tidak mahu membiarkan DUN Johor tamat tempoh kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini dan boleh membawa kepada banyak isu perundangan dan masalah.

Seorang ahli Barisan Nasional (BN) berkata dengan membiarkan DUN Johor tamat dengan sendiri akan menghantar mesej yang salah membayangkan parti pemerintah tidak bersedia untuk menghadapi pengundi.

"Perdana Menteri dijangka akan membuat beberapa lawatan penting ke luar negara dalam bulan Februari serta menghadiri persidangan serantau dan pelbagai hala di mana negara kita sebagai peserta yang penting," katanya.Sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam yang dijadualkan berlangsung pada 6 dan 7 Februari di mana pemimpin Malaysia jarang sekali terlepas mesyuarat ini. Difahamkan Najib akan membuat satu lagi lawatan ke luar negara tidak lama selepas Tahun Baru Cina.Ini bermakna Najib tinggal 30 hari lagi untuk mengadakan pilihan raya kerana beliau tidak mungkin bercadang membubarkan Parlimen sejurus selepas Tahun Baru Cina yang jatuh pada 10 Februari.

Difahamkan bahawa penasihat beliau memberitahu untuk mengelakkan daripada memendekkan sambutan perayaan, dengan Tahun Baru Lunar yang tradisinya disambut selama 15 hari.Oleh kerana semua faktor-faktor ini, menurut sumber dalaman, Najib akan memanggil pilihan raya antara 20 Februari dan 20 Mac, sekali gus menolak elemen kejutan.Tempoh Parlimen hanya akan tamat pada 29 Mac, manakala DUN Negeri Sembilan akan tamat pada 26 Mac.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul