Pragmatisme punca kaum Cina tolak himpunan....


SHAH ALAM: Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr Ahmad Atory Hussain menyifatkan bilangan kecil penyertaan golongan Cina pada Himpunan Pembangkang semalam berpunca dari sikap pragmatisme kaum itu.Kata beliau, tuntutan yang dibawakan oleh pihak pembangkang tidak mewakili aspirasi semua kaum sebaliknya banyak memihak kepada kaum majoriti sahaja, iaitu Melayu.Justeru Atory menggambarkan bahawa kaum Cina menganggap isu-isu tuntutan yang di bawa dalam himpunan kali ini sebagai tidak praktikal mahupun memberi sebarang kelebihan kepada mereka.


"Mereka setuju dengan tuntutan itu, tetapi tuntutan mereka, kaum Cina itu tidak dipedulikan Pakatan Rakyat, mereka tidak berminat untuk sertai. Mereka (kaum cina) di Malaysia ini, apa sahaja yang orang Melayu inginkan, mereka pun inginkan perkara sama."Tetapi tiba-tiba dalam (himpunan kali ini) lebih banyak tuntutan untuk Melayu. Yang kaum Cina (cadangkan) mereka tidak mahu pertimbangkan. Jadi itu yang menyebabkan mereka tidak berminat untuk menyertainya," kata beliau.Mengulas lanjut Atory berkata jumlah kecil penyokong kaum Cina menunjukkan sokongan masyarakat Tiong Hua terhadap pakatan pembangkang semakin menyusut.

"Menunjukkan bahawa di situ petandanya sokongan terhadap himpunan itu berkurang," katanya.Himpunan Pembangkang kali ini membawa 10 tuntutan yang hampir sama dengan tuntutan di dalam Himpunan BERSIH 3.0 pada April tahun lepas.Namun jika dibandingkan, jumlah penyokong Cina kali ini dilihat berkurang berbanding penyertaan himpunan BERSIH yang mencetuskan keadaan huru-hara di ibu kota.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul