Politik "bukan salah kami" Khalid diperhebatkan...Bodohnya Khalid Ni


SHAH ALAM: Apabila lebih setengah juta rakyat di Selangor menghadapi krisis air, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyalahkan Syabas dan kerajaan persekutuan.
Apabila prestasi kewangan Universiti Selangor merudum dan jumlah pengambilan pelajar berkurangan, kerajaan negeri Barisan Nasional terdahulu dipersalahkan.Apabila cukai pintu di beberapa kawasan dinaikkan dengan mendadak, kerajaan Selangor menuding jari kepada agensi persekutuan iaitu Jabatan Penilaian Harta.Dan apabila Majlis Perbandaran Sepang bertindak merobohkan sebuah tempat pemujaan di rumah seorang penganut Hindu, kerajaan negeri berkata tindakan itu berasaskan undang-undang yang diperkenalkan oleh Barisan Nasional.
Dengan pilihan raya umum semakin hampir, kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semakin liar menuding jari kepada pihak ketiga di atas segala permasalahan di Selangor.Politik menyalahkan Barisan Nasional adalah strategi terdesak untuk mengekalkan sokongan rakyat dalam harapan untuk terus berkuasa di negeri yang menjadi tonggak kekuatan ekonomi Malaysia.Namun kekuatan ekonomi itu semakin terhakis dengan keyakinan pelabur makin rapuh akibat masalah-masalah asas.Yang jelas rakyat terpaksa menanggung kesan rumah pam air rosak, jalan-jalan buruk yang mudah banjir, penginapan pelajar Unisel mendap, dan janji membela nelayan, petani serta ibu tunggal “dilupakan.”Segala permasalahan itu ditutup dalam portal-portal pro-pembangkang termasuk Harakah dan Suara Keadilan serta lidah rasmi kerajaan negeri iaitu Selangorku.com, akhbar Selangorkini dan Selangor Times.Sebaliknya media rasmi kerajaan negeri Selangor ghairah menyiarkan kenyataan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pemimpin-pemimpin kerajaan negeri lain yang menuding jari kepada BN dalam sebarang keadaan.Laporan mengenai kesulitan-kesulitan yang terpaksa ditanggung oleh penduduk, termasuk warga tua menggalas baldi air yang dibawa oleh lori-lori Syabas diputar belit untuk menyalahkan sesiapa sahaja.
Asalkan bukan kerajaan negeri. Kerajaan negeri bingkas menafikan kenyataan Syabas bahawa ia (kerajaan negeri) berdolak dalih melaksanakan sistem pengepaman tambahan di Wangsa Maju.
Syabas juga menegaskan kegagalan melaksanakan Projek Langat 2 (yang ditentang oleh kerajaan negeri) akan memberi kesan kepada bekalan air untuk pengguna.Jika benar Syabas membuat fitnah dengan membuat tuduhan-tuduhan ini, maka sudah tentu kerajaan negeri harus mengambil tindakan menyaman syarikat itu. Ini tidak berlaku.Sebaliknya pemimpin-pemimpin kerajaan negeri, terutama Khalid terus bertikam lidah dengan pengkritik-pengkritik mengenai siapa yang patut bertanggungjawab di atas musibah penduduk Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul