PM akan umumkan tarikh PRU13 dalam masa terdekat
KOTA BHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diumumkan dalam masa terdekat.Berucap pada program Jelajah Janji Ditepati di sini pagi tadi, Najib menyeru rakyat memberi mandat seterusnya kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir negara sekaligus meneruskan transformasi negara ke arah lebih maju dan berdaya saing."Ambo (saya) nak umum pilihan raya dah, hari ini dalam majlis nak tanya adakah rakyat bersedia menyokong BN?" soal beliau sambil disambut sorakan lebih 20,000 pengunjung di negeri itu.
The Star sebelum ini melaporkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor akan menamatkan penggal lima tahun pada 21 Mac justeru membayangkan bahawa pilihan raya umum akan diadakan antara tempoh 20 Februari hingga 20 Mac tahun ini.
Sumber itu menyebut Najib tidak boleh menunggu DUN Johor terbubar dengan sendiri memandangkan ianya tidak pernah berlaku.
Malah ahli Barisan Nasional (BN) turut membayangkan kerajaan akan menghantar mesej yang salah seolah-olah tidak berani berdepan dengan rakyat sekiranya tarikh PRU13 diumumkan selepas DUN Johor tamat tempoh.“Dewan Undangan Negeri Johor mengambil sumpah mereka pada 21 Mac. Oleh itu, istilah tamat mandat adalah pada tarikh yang sama tahun ini.“Kami menjangkakan Perdana Menteri akan mengadap YDP Agong dan meminta perkenan baginda bagi Parlimen dibubarkan cara sebelum itu,” kata sumber.

.jpg)
Comments