Perpecahan PAS: Ulama kena main dengan Anwarinas...

Sebahagian ahli Majlis Syura PAS nyata terkejut dengan kenyataan media pakatan pembangkang yang dibacakan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Rabu yang antara lain membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana mendahului keputusan Majlis Syura PAS.
Mereka terkejut kerana Majlis Syura PAS hanya akan bermesyuarat pada Sabtu ini berhubung perkara berkenaan dan bagaimana Hadi boleh membacakan kenyataan mengatakan Pakatan Rakyat setuju benar orang bukan Islam guna kalimah Allah tersebut lebih awal?
Majlis Syura adalah badan tertinggi membuat keputusan oleh PAS.Selama ini, apabila diserang berbagai pihak bahawa PAS semakin 'liberal', pemimpin bukan ulama PAS akan menggunakan hujah "kami dipandu oleh Majlis Syura".Sebaliknya di dalam isu kalimah Allah ini, nampaknya Majlis Syura PAS kena main dengan kumpulan pro Anwar/liberal parti itu.
Majlis Syura mesyuarat Sabtu, Hadi baca kenyataan media pakatan pembangkang pada Selasa di ibu pejabat PKR Tropicana, hanya baca kenyataan yang disediakan tanpa ambil soalan dari wartawan.Jika difikir balik, kenapa Hadi yang kena baca kenyataan media benarkan penggunaan Allah oleh bukan Islam itu?

Anwar ada, Lim Kit Siang ada, Mat Sabu ada... kenapa Hadi yang belum dapat mandat dari Majlis Syura PAS baca kenyataan media PR berhubung isu tersebut?

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul