Perjanjian sulit 18 Disember 2009...Terbongkar Rahsia


Penulis buku kontroversi C.N Al-Afghani mendedahkan 18 hari sebelum Pas membuat keputusan membenarkan kalimah Allah dikongsi kepada penganut Kristian pada Disember 2009, Pas telah menandatangani satu perjanjian sulit dengan DAP dan PKR untuk menggugurkan perjuangan hudud dan Negara Islam dalam partinya.Menurutnya, perjanjian sulit itu dibuat di antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).

Hudud & Negara Islam Digugur

Perjanjian sulit Pakatan dibuat pada 18 Disember 2009, manakala Lajnah Politik PAS Pusat membuat keputusan membenarkan kalimah Allah kepada penganut Kristian dibuat pada 4 Januari 2010.

“Umat Islam masih kabur dengan status pemerintahan sebenar andainya Putrajaya berjaya ditawan PR. Apa yang jelas PR telah menolak hudud untuk dilaksanakan kerana Buku Jingga tidak menyentuhnya.

“Juga telah termaktub dalam perjanjian Persefahaman Pakatan pembangkang pada 18 Disember 2009, bahawa tidak menjadikan perjuangan Negara Islam dan pelaksanaan hudud sebagai agenda bersama,”dedah Al-Afghani dalam buku terbarunya, “Kafirkah Aku”.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul