Penduduk Putra Ria kesal sikap Nurul Izzah....Muka tidak tahu malu Inilah Jadinya...

Muka tidak tahu malu...inilah orangnya orang lain buat kerja dia nak dapat nama...Ptuihhhh.Dasar tak guna orang seperti ini.Memalukan sekali dengan sikap buruknya.

Penduduk Pangsapuri Putra Ria di Lembah Pantai di sini mempersoalkan tindakan anggota Parlimen kawasan itu, Nurul Izzah Anwar yang mereka dakwa cuba mengambil kesempatan berhubung penyelesaian masalah pembersihan sampah di pangsapuri itu.
Menurut mereka, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat itu dalam laman twitternya bertarikh 21 Disember lalu memaparkan dua gambar mengenai longgokan sampah di situ dan memberi penjelasan seolah-olah beliau yang bertanggungjawab membawa isu itu hingga mendapat perhatian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Sebaliknya, penduduk mendakwa masalah itu diatasi selepas mereka terlebih dahulu membincangkannya dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Pegawai Masyarakat Pusat Khidmat Masyarakat Lembah Pantai, Ramli@Awang Ahmad berkata rata-rata penduduk kecewa dengan sikap Nurul Izzah yang disifatkan seperti 'lembu punya susu, sapi dapat nama'."Beliau tidak pernah ambil peduli dengan persekitaran dan pembangunan di kawasan perumahan ini, mana mungkin tiba-tiba sahaja beliau menggambarkan telah berusaha membawa kepada pihak bertanggungjawab untuk membersihkan sampah sarap di sini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Satu gambar pada laman twitter Nurul Izzah mempamerkan sampah berlonggokan dalam beberapa tong sampah sebelum lawatan beliau ke perumahan itu pada 16 Disember lepas manakala gambar sebelahnya memaparkan tong sampah telah dikosongkan pada 18 Disember selepas lawatan Nurul Izzah ke perumahan itu dengan penjelasan, "Kontraktor Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mula membersihkan selepas isu ini dibawa oleh YB Nurul Izzah kepada pihak bertanggungjawab....
  

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul