Pendirian bercanggah: Strategi lemahkan Institusi Diraja
Pendirian rasmi pakatan pembangkang bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah yang bercanggah dengan titah Sultan Selangor adalah keterlaluan, biadap dan tidak boleh diterima sama sekali.Menurut Senator Mohamad Ezam Mohd Nor, jelas dari keputusan PR tersebut matlamat tersirat mereka selama ini untuk menghina dan meruntuhkan Institusi Raja sebagai payung agama yang memelihara kesucian Islam."Saya mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pimpinan PR khususnya Anwar yang secara terang dan terbuka menyanggah keputusan Tuanku Sultan dengan niat jahat,"
Jelas Ezam, Malaysia sebagai sebuah negara dan Selangor sebagai sebuah negeri selama ini stabil, kuat dan berdaulat kerana Institusi Raja terus berdiri kukuh melindungi Islam dan keharmonian agama-agama lain.
"Justeru strategi melemahkan negara dan negeri ini mestilah dimulakan dgn meruntuhkan Institusi Raja sebagai payung agama dan paksi terkuat bagi negara dan negeri,"ujarnya.

Comments