Pemecatan Ustaz Nasha adalah satu rahmat dan anugerah besar Allah subhanahu wa ta'ala kepada beliau.



Beliau sudah dihijrahkan kepada keadaan yang lebih baik kerana kewujudan Syura PAS sebenarnya adalah menghampiri kepada menjadi alat kepada fitnah perpecahan pendapat dalam Ummat. Dahulu beliau juga terpalit sama.

Yang terbaiknya Majlis Syura PAS ini wajib dibubar. PAS sepatutnya fokus untuk menawar diri menjadi pentadbir serta pengurus Kerajaan yang terbaik dalam konteks prinsip2 yang dipersetujui dan termaktub dalam hal Agama, Kebangsaan dan Kenegaraan. Jika mahu mengadakan syura PAS perlu menjadikan hal ini sebagai sebahagian sasaran kaedah pengurusan dan pentadbiran yang akan dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja Melayu di peringkat Negara dan bukannya Parti, jika PAS diberi kuasa.

Mengadakan syura dalaman sebagaimana sekarang, yang mempolemikkan isu-isu yang sudah ada pihak yang bertanggungjawab menanganinya, hanyalah satu duplikasi yang melahirkan saingan negatif, bahkan melahirkan satu ruang pengadu-dombaan terhadap Pihak Berkuasa berkaitan oleh musuh Agama, Bangsa dan Negara sebagaimana kecelaruan yang berlaku sekarang. Musuh Agama dan kepartian menjadikan PAS dan Syuranya sebagai ayam sabung untuk dilagakan dengan mereka yang sudah diberi kuasa oleh Pemerintah.

Jadi, Majlis Syura PAS adalah bidaah dolalah yang mungkar.

Ustaz Nasha sudah terselamat dari satu dosa besar Bidaah yang sangat dibenci oleh Allah dan Rasul. Beliau sepatutnya bersyukur banyak-banyak.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul