PAS umpama mensyirikkan Allah - Imam Besar



SHAH ALAM: Umat Islam yang membenarkan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah suci Allah umpama merestui perbuatan mensyirikkan Allah, kata Imam Besar Masjid Sungai Besi, Zaharuddin Zainal.Menurut beliau walaupun dalam Al-Quran menyebut Allah adalah tuhan segala makhluk, tetapi dalam konteks demografi di Malaysia, soal kekeliruan harus dititik-beratkan sebelum mencadangkan sesuatu berkaitan akidah.Zaharuddin diminta mengulas mengenai pengumuman Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersabit persetujuan bersama dengan rakan komponen Pakatan Rakyat; PKR dan DAP - membenarkan orang bukan Islam menggunapakai kalimah Allah selagi ianya tidak disalah gunakan.

"Seluruh manusia dan makhluk boleh guna (kalimah Allah). Tapi dalam konsep kita di Malaysia, apabila orang Kristian ingin menterjemahkan kitab Bible dalam Bahasa Melayu dan kemudian mahu menulis nama Allah, saya kurang bersetuju.
"Bezanya Islam dengan orang Kristian yang menggunakan kalimah Allah, adalah mereka mensyirikkan Allah dalam kitab dia. Bapa Allah, Anak Allah dan sebagainya. Jadi barangsiapa yang mensyirikkan nama Allah, kalau kita umat Islam merestui orang kafir menggunakan kalimah, seolah  kita merestui Allah itu disyirikkan oleh makhluk lain," katanya ketika dihubungi.

Tambahnya lagi, umat Islam akan mudah terkeliru memandangkan tiada pengkhususan tentang pihak yang layak menggunakan kalimah Allah sekaligus mengundang kemudaratan kepada umat Islam sendiri.Katanya, pemimpin pembangkang mungkin mengambil pendirian sesetengah ulama antarabangsa tentang kepenggunaan kalimah tersebut, namun tiada jaminan yang diberikan."Tapi mereka tidak memandang dari sudut kemudaratan pada masa akan datang. Atau akibat yang akan berlaku jika kalimah Allah ini dibenarkan diterjemah dalam Bahasa Melayu," tambah beliau lagi.

Hadi sebelum ini didakwa telah membelakangkan Majlis Syura Ulama PAS berhubung pendirian parti menyokong tuntutan DAP untuk menggunakan kalimah Allah dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.Pemimpin Majlis Syura telah menyatakan bahawa kalimah tersebut hanya eksklusif untuk penganut beragama Islam di negara ini.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul