PAS: Bukan Islam boleh guna kalimah Allah....Bodohnya PAS...Masyallah


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini menegaskan parti itu kekal dengan pendirian yang dikeluarkan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sebagai rujukan kepada tuhan.Mohamad Sabu berkata, polemik penggunaan kalimah Allah hanya timbul di Semenanjung Malaysia akan tetapi tidak pernah menjadi masalah dikalangan penganut Islam dan Kristian di Timur Tengah dan Malaysia Timur.
“Presiden PAS (Abdul Hadi Awang) pernah keluarkan kenyataan pada tahun 2010 untuk tidak melarang penganut agama selain Islam untuk menggunakan kalimah Allah.
“PAS masih kekal dengan pendirian itu,” kata beliau yang dikenali sebagai Mat Sabu.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 2010 dalam mesyuarat khas PAS telah bersetuju membenarkan kalimah Allah kepada Kristian sebagai menghormati prinsip kebebasan beragama dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan tersebut dibuat setelah Lajnah Politik PAS Pusat bermesyuarat selama lebih dua jam di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur untuk membincangkan satu agenda sahaja iaitu ‘Penggunaan kalimah Allah’.
Dan baru-baru ini isu tersebut kembali hangat apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di dalam perutusan khasnya sempena sambutan Hari Krismas telah membangkitkan semula isu berkenaan.
Beliau menyatakan cadangan agar kerajaan pusat membenarkan perkataan Allah digunakan dalam kitab Bible versi Bahasa Malaysia untuk penganut agama Kristian di Semenanjung.
Kenyataan Guan Eng ini menerima kritikan yang hebat oleh pelbagai pihak terutamanya dari kepimpinan Umno dan ulama bebas termasuk juga sekutunya di dalam Pakatan, PAS

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul