PAS Buat Islam Macam Bola Dalam Isu Kalimah Allah
ANGGOTA PAS kini dalam kebingungan kerana sikap ‘flip flop’ pemimpin-pemimpinnya berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam. Mereka merasa pemimpin Pas telah mempermainkan isu kalimah ALLAH yang berubah-ubah sehingga memalukan parti.Pendirian terbaru Pas mengingatkan mereka bagaimana dalam isu penguatkuasaan syarat-syarat Lesen Kedai Gunting Rambut Majlis Perbandaran Kota Bharu terhadap Orang Bukan Islam, kerajaan Pas Kelantan tunduk menikus kepada tekanan Dap.
Peraturan yang sudah dikuatkuasakan selama 20 tahun boleh diketepikan dalam tempoh dua hari sahaja oleh Dap. Inilah igauan ngeri yang dialami oleh ahli-ahli Pas kerana sikap pemimpin mereka yang pentingkan politik lebih daripada agama.Tidak sampai seminggu berlalu, Pas bertukar nada pula apabila Majlis Syura Ulama parti itu membuat keputusan melarang terjemahan ‘God’ atau ‘Lord’ di dalam kitab Injil Melayu kepada ALLAH tetapi membenarkan penyebutanya.

Comments