Panas!!!!Tabung Memali: Laporan polis terhadap PAS Kedah


KUALA LUMPUR: Satu laporan polis terhadap Badan Perhubungan PAS Kedah akan dibuat dalam masa terdekat berhubung penyelewengan wang hasil kutipan derma Tabung Memali yang diusahakan parti itu suatu ketika dahulu.Menurut bekas Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Zainon Ismail, satu jawatankuasa kecil sedang dilaksanakan bagi mengenalpasti proses perundangan yang boleh diambil.“Saya sedang berusaha untuk membentuk satu jawatankuasa kecil untuk membincangkan tentang bagaimana proses perundangan yang patut kita ambil.

“Maksudnya bukan saya sahaja (tetapi) ada orang-orang lain yang akan bersama dengan saya sebab kita rasa isu ini penting..satu penipuan, penganiayaan kepada balu-balu yang masyarakat tidak tahu,” katanya ketika ditemui pemberita malam tadi.

Menurut Zainon ataupun turut dikenali sebagai C.N Al-Afghani, laporan polis yang akan dibuat berkisarkan tentang tindakan Badan Perhubungan PAS Kedah merampas sebahagian daripada wang pampasan yang diberikan kerajaan Malaysia kepada balu-balu yang terlibat.

Katanya, balu-balu yang menerima pampasan dengan jumlah RM20,000 diminta memberikan sejumlah RM3,000 kepada parti dengan alasan untuk membiayai kos guaman mereka.
“Ia melibatkan PAS Kedah...sebab yang meminta wang itu ialah PAS Kedah. Jadi kita minta PAS Kedah kembalikan semula hak balu, itu sahaja. Bukan kepada individu ataupun mana-mana pihak lain tetapi kepada Perhubungan PAS Kedah,” jelas beliau.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul