Nasharudin Mat Isa Digugurkan Jawatan Ahli Majlis Syura PAS.
KUALA LUMPUR 27 Jan. - Majlis Syura Ulama' PAS Pusat memutuskan untuk menggugurkan jawatan menggugurkan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dari jawatan anggota badan tersebut.
Setiausaha Majlis Syura PAS Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, ianya berdasarkan rekod Nasharuddin yang telah melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan.“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat...," katanya seperti dipetik laman tersebut.Beliau juga mengesahkan surat perlucutan jawatan telahpun diserahkan kepada Nasharuddin petang tadi.
Tindakan ini telah diputuskan sejurus tindakan Nasharudin menyertai rombongan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Misi Kemanusiaan Gaza baru- baru ini.
MASYALLAH KERANA TIDAK HADIRAN DALAM MESYUARAT DIPECAT DALAM MAJLIS SYURA ULAMA PAS...DAHSYATNYA...BAIK KELUARLAH AKAR UMBI PAS..SEMAKIN MELUAT DIBUATNYA....

Comments