Nasharuddin Mat Isa Tidak Perlu Dipecat - Dr Haron Din.
Jika sebelum ini parti PAS diselubungi krisis 'u-turn' dan 'cakap pusing' tentang nama Allah, isu pemecatan Nasharuddin Mat Isa dari jawatan Majlis Syura PAS menimbulkan konflik terbaru di dalam parti tersebut.
Tidak diberitahu dengan jelas tentang sebab-sebab pemecatan tersebut tetapi akhbar melaporkan di antaranya ialah kerana Nasharuddin 'tidak hadir mesyuarat'.Kita tidak percaya 'tidak hadir mesyuarat' merupakan sebab utama pemecatan tersebut tetapi ianya dilihat bersangkut paut dengan lawatan bantuan kemanusiaan PM Najib Razak ke Gaza, Palestine yang turut disertai oleh Ahli Parlimen Bachok itu.
For what ever reasons, keputusan Majlis Syura PAS itu seperti bercanggah dengan kenyataan Dr Haron Din sebelum ini.Seperti yang kita tahu, isu Nasharuddin Mat Isa ini pernah hangat apabila beliau menggesa PAS mempertimbang semula kerjasama dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dalam isu hudud.
Sumber Di Sini

Comments