Nasharuddin Balun Lim Guan Eng....Bebbb...Tahniah Keberanian Nya

Nasharuddin mempersoalkan pendirian Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sama ada turut ingin memuatkan kalimah 'Allah' dalam kitab Bible versi bahasa Tamil dan Mandarin.Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa berkata, gesaan Guan Eng itu antara lain berniat untuk mengelirukan rakyat Malaysia apabila membangkitkan isu itu semula selepas kontroversi akhbar The Herald pada tahun 2009.
Ketua Menteri Pulau Pinang dalam perutusan Hari Krismas baru-baru ini meminta kerajaan supaya membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam Al-Kitab di Semenanjung Malaysia seperti mana kelonggaran yang diberikan kepada negeri Sabah dan Sarawak."Dia nampaknya bersungguh-sungguh mahu menggunakan perkataan 'Allah' dalam terjemahan Bible versi Bahasa Malaysia. Tapi bagaimana dengan bahasa lain?
"Saya syak Lim ada agenda tersembunyi untuk mencetuskan kekeliruan dalam komuniti berbilang kaum dengan memainkan itu ini," kata Nasharuddin memetik laporan NST.
Beliau menambah Guan Eng sedar akan perbezaan antara orang Islam di Timur Tengah dan Malaysia."Penggunaan perkataan 'Allah' di Malaysia sangat spesifik sejak puluhan tahun. Jika kita mula gunakan perkataan 'Allah' untuk agama lain, kita hanya akan menimbulkan kekeliruan masyarakat," tambah beliau lagi.Nasharuddin berkata, konflik keagamaan yang kritikal akan tercetus jika ianya dipertimbangkan oleh kerajaan.Katanya lagi, Guan Eng sebagai ahli politik yang terkenal seharusnya sedar akan sensitiviti isu berkenaan.
"Nampaknya dia cuba untuk mempromosi pluralisme dengan mesej kontroversi beliau," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul