Najib cipta sejarah tersendiri dalam perjuangan rakyat Palestin
Lawatan paling bersejarah, iaitu Perdana Menteri Malaysia pertama yang menjejak kaki ke bumi Palestin sejak merdeka. Untuk rekod Malaysia sejak dulu merupakan penyokong kuat perjuangan rakyat Palestin termasuk tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel.Kunjungan Datuk Seri Najib Tun Razak ke wilayah bergolak itu mengenangkan kembali jejak yang hampir serupa dilakukan oleh almarhum ayahandanya Tun Abdul Razak yang berkunjung ke merupakan pemimpin pertama rantau ini berkunjung ke China yang pada tahun 1974.
Rombongan Najib berlepas dari Malaysia ke Mesir pada Isnin dan kemudian memasuki Gaza pada awal pagi Selasa. Beliau ditemani Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Baharom dan Pengerusi bersama Yayasan Al Qud Malaysia, Nasharudin Mat Isa.Kehadiran pemimpin tertinggi Malaysia itu memberikan suntikan semangat dalam perjuangan rakyat Palestin yang menuntut hak mereka. Ini kerana Palestin dan rakyatnya sering dipinggirkan berikutan lobi kuat Israel melalui negara kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dan Perancis.
Najib tiba di sempadan negara yang didiami 1.7 juta rakyat itu kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan. (4 pagi Selasa waktu Malaysia)Beliau disambut oleh Perdana Menteri Ismail Haniyeh dan menteri-menteri Kabinet Palestin.Di Gaza, Najib dijadual mengunjungi sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah sebelum melawat tapak pembinaan pejabat baharu untuk perdana menteri Palestin, Ismail Haniyeh. Pejabat lama Ismail musnah semasa serangan Israel pada November tahun lepas.
Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad berkata Najib juga akan berjumpa dengan anggota-anggota kabinet dan anggota Parlimen Palestin.Kemudian Najib akan diraikan pada majlis jamuan tengah hari oleh Ismail di Hotel Movenpick sebelum melawat Universiti Al-Aqsa, di mana Najib akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran.Selepas itu Najib akan berlepas ke Kaherah dan mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Mesir Mohamed Morsi.
Sementara itu dalam program berasingan, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijadual melawat hospital kanak-kanak Nasser, di Gaza.Di hospital itu beliau dijangka memberi ikrar janji sumbangan Malaysia sebanyak RM4 juta untuk hospital berkenaan dan melawat kanak-kanak berbakat di situ.

Comments