MP Kapar Angin Satu Badan "PKR patut panggil saya jelas isu"
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam membidas PKR kerana gagal memberikan peluang kepadanya untuk menjelaskan dakwaan parti bahawa beliau menggesa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid meletakkan jawatan.Beliau berpandangan parti sepatutnya terlebih dahulu memanggilnya untuk memberikan penjelasan dan bukan terus mengeluarkan surat tunjuk sebab seperti yang diterimanya pada 7 Januari lalu.Manikavasagam kemudiannya menafikan dakwaan parti dan menegaskan beliau hanya menggesa Khalid berbuat demikian sekiranya ADUN Ijok itu gagal menyelesaikan isu perobohan kuil di Sepang, tahun lalu.

"Saya tidak gesa dia letak jawatan, tetapi saya gesa dia bertindak selesaikan isu kuil ini, melainkan kalau dia tidak dapat selesaikan, jadi dia terpaksa letak jawatan.
"Saya telah cuba membantu parti selama ini, kerana sebelum menang dulu, parti MB dan Xavier janji tidak akan robohkan mana-mana kuil tapi sekarang berlarutan," katanya ketika ditemui Antarapos selepas menghantar surat balasan tunjuk sebabnya di ibu pejabat PKR, tengahari tadi.
Beliau turut menyerahkan salinan laporan polis terhadap perobohan kuil dan video yang berdurasi 52 saat yang menunjukkan pertelingkahannya dengan Ketua Pemuda MIC, T. Mohan (berhubung perobohan kuil) di Putrajaya sebelum ini."Video yang ada provokasi di antara saya dengan Gerakan Pemuda MIC semasa berlaku di JPN, Putrajaya. Tidak ada seorang ahli PKR bersama-sama saya ketika cuba mempertahankan parti itu setelah didakwa meroboh tujuh buah kuil sejak 2008 padahal sebelum ini berjanji tidak akan roboh kuil," kata Manikavasagam.Manikavasagam menegaskan apa sahaja tindakan disiplin yang akan dikenakan ke atasnya tidak akan menutup mulutnya daripada menegur salah laku PKR di Selangor.

Beliau juga berikrar akan terus ke hadapan dalam membawa isu kebajikan rakyat yang diwakilinya di Parlimen Kapar.
"Saya akan tunggu dan lihat apa tindakan selanjutnya. Apa pun tindakan parti saya terima."Tetapi saya nak tegaskan, saya tidak akan tutup mulut dan berhenti," tegasnya.
Ketika ditanya dakwaannya sebelum ini bahawa Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar yang menjadi dalang sehingga beliau menerima surat tunjuk sebab, Manikavasagam berkata memang Xavier yang mengarahkan surat tunjuk sebab itu dikeluarkan.
"Saya tahu melalui media elektronik dan memang dia yang arahkan untuk surat dikeluarkan kepada saya," ujarnya.

Comments