Mike Mengamuk!!!!Surat tunjuk sebab 'kerja jahat' Xavier...Hancussss Pembangkang

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam mendakwa 'kerja jahat' Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar menyebabkan beliau menerima surat tunjuk sebab daripada Jawatankuasa Disiplin PKR.Beliau yang menerima surat tersebut pada 7 Januari lalu berkata, ia diserahkan kepadanya berikutan kelantangan beliau mendesak Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan selain menggesa Xavier bertanggungjawab dalam isu roboh kuil di Sepang tahun lalu."Saya terima surat 7 Januari tetapi ia ditandatangani oleh Biro Disiplin pada 26 Disember 2012.
"Surat itu berhubung isu saya mendesak Khalid meletakkan jawatan. Ia kerana isu kuil yang diruntuhkan di Sepang. Selain itu surat tunjuk sebab itu juga berkaitan menggunakan kata kesat terhadap Exco, Dr Xavier.

"Sepatutnya kerajaan negeri berterima kasih kepada saya bukan hantar surat tunjuk sebab. Ini kerja jahat Dr Xavier," katanya kepada Antarapos, hari ini.Manikavasagam yang juga Pengarah Biro Aduan Awam PKR berkata, beliau diberi tempoh selama tujuh hari untuk menjawab surat tersebut namun mendakwa menerimanya lewat 13 hari daripada tarikh surat berkenaan.

Justeru katanya, beliau telah meminta tempoh lanjutan lima hari dan akan menghantar surat jawapan kepada Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti, Dr Tan Kee Kwong selewat-lewatnya esok.Manikavasagam berkata, arahan surat tunjuk sebab yang diterima beliau tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus  mendedahkan lebih banyak lagi kepincangan dalam kerajaan Selangor."Saya sudah cakap dari awal. Selepas surat terima ini saya tidak akan diam. Malah selepas ini saya akan bising lebih kuat lagi," katanya.

The Star pada Sabtu melaporkan Manikavasagam telah diberi surat tunjuk sebab oleh jawatankuasa disiplin parti kerana mengeluarkan kata-kata menghina Khalid dan Xavier menerusi klip rakaman video yang dikeluarkan oleh Pemuda MIC.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul