Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra


Menurut Perdana Menteri  pembahagian kerusi antara parti komponen BN sudah hampir selesai dan sebahagian besar penentuan calon yang bertanding pada PRU13  juga telah diputuskan.Bagaimanapun,katanya  pemilihan calon masih memerlukan penelitian yang mendalam bagi memastikan pilihan itu adalah tepat, bukan sahaja dari sudut kebolehan tetapi juga dari segi penerimaan di kawasan yang ditandingi.Hari terakhir untuk bubar Parlimen yakni cukup tempoh mandat lima tahun selepas pilihanraya umum ke 12 lalu ialah pada 28 April.

Jika parlimen dibubarkan pada hari itu Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) masih ada 60 hari untuk tetapkan tarikh PRU13.Jadi boleh masuk Mei dan Jun.Namun kini ada yang cakap-cakap yang kuat merasakan Parlimen perlu dibubarkan sebelum 21 Mac.Alasan pada pandangan ini berkait dengan tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor akan tamat pada hari itu.Maka andaian yang berlegar tak mungkin Perdana Menteri nak biarkan DUN itu terbubar sendiri begitu saja.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul