Memalukan Sekali....PM tak ambil pot pada kelentong tauke carpet ini...


Tauke carpet,Deepak Jaikishan yang cuba cetus sensasi dan menjadi peluru portal-portal pembangkang kerana membuat berbagai dakwaan untuk mencemar nama baik Datuk Seri Najib Tun Razak sila perah otak lebih sikit untuk menjayakan agendanya.

Reaksi Perdana Menteri pada tindak tanduk Deepak tentu boleh buat dia gigit jari.Tunggu punya tunggu akhirnya Khamis malam baru ada peluang tanya Najib sendiri mengenainya.

Yang melenjit bertanya tentulah wartawan dari  portal pembangkang yang galak main cerita isu Deepak.Ini sewaktu sidang akhbar selepas mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di PWTC.Nyata sekali Perdana Menteri  tidak ambil pot langsung  terhadap tindak tanduk Deepak  yang melalut sana sini.Katanya semua dakwaan Deepak tidak betul.Lebih dari itu Perdana Menteri berkata tauke carpet itu bukanlah seorang yang boleh dipercayai.Baginya segala dakwaan Deepak bukan satu isu.
Malah menurut Najib ia tidak memberi kesan kepada Barisan Nasional.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul