Mantan Pimpinan BERSIH 1.0 Isytihar Sertai UMNO....Alhamdulilah

Bekas Ahli Jawatankuasa BERSIH 1.0 Syamsul Hidayat telah mengisytiharkan secara rasmi menyertai UMNO setelah merasakan Pakatan Rakyat telah membawa perjuangan palsu terhadap rakyat.Beliau yang juga merupakan Mantan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (PKR) itu menegaskan, keputusan tersebut juga atas faktor penolakan beliau terhadap pendirian Pakatan Rakyat yang gagal melaksanakan manifesto Pilihan Raya yang dijanjikan sebelum ini malah berlaku ketidaktelusan dalam mengurus tadbir di beberapa buah Negeri yang dikuasai komponen parti pembangkang tersebut."Saya melihat parti ini (PKR) tidak memperjuangkan apa yang mereka laung-laungkan dalam ceramah dan dalam kempen propaganda mereka.

"Perjuangan mereka hanyalah semata-mata berkempen untuk merealisasikan impian Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri," katanya kepada pihak media selepas menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Ketua UMNO Bagan Serai Dato' Sha Mat Sahat disaksikan oleh Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan di sini semalam.

Turut serta mengikuti jejak langkah beliau termasuklah bekas Ahli AMK Setiawangsa Mohamad Asroc Jailani dan bekas Peguam kepada Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Saiful Ambar Bin Abdullah Ambar.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul