Manifesto BN: Rakyat Kelantan mahu stadium baru


KOTA BHARU: Rakyat negeri Kelantan menyambut baik janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membina sebuah stadium bola sepak baru sekiranya Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri itu selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) nanti.Ia dilihat akan merancakkan lagi sambutan terhadap skuad bola sepak 'Kijang' selain memberi keselesaan kepada penyokong yang bertandang ke stadium.
Seorang peniaga yang ditemui, Abdul Halim Hamzah, 55, mengalu-alukan perkara tersebut yang diumumkan Najib pada Jelajah Janji Ditepati (JJD) peringkat negeri Kelantan hari ini.Menjelaskan sukan bola sepak sememangnya dekat dengan hati rakyat di negeri ‘Cik Siti Wan Kembang’ itu, kewujudan sebuah stadium yang lebih selesa sememangnya dinanti-nantikan mereka lebih-lebih lagi di kala pasukan Kelantan ketika ini sedang meniti kejayaan.
“Memang setujulah sebab kawasan bola kita akan selesalah. Mungkin dia akan buat di tempat baru. Lagipun rakyat Kelantan memang bola ini top di Kelantan ini..Memang kita sudah ada nama terutamanya pemain-pemain bola kita pun meningkat naik,” katanya.

Kehidupan lebih baik di bawah BN

Selain itu beliau turut berharap agar Perdana Menteri dapat membantu rakyat Kelantan menyelesaikan masalah yang telah lama menyelebungi mereka seperti bekalan air bersih dan juga akses jalan raya yang lebih baik.
“Mana-mana masalah yang ada ini kalau kerajaan boleh selesaikan elok juga. Maknanya kita nak elokkan semuanya,” ujar beliau.Sementara itu seorang guru dari Pasir Mas, Khodijah Mat Nor, 48 pula berpendapat sekiranya sebuah stadium baru dibina di Kelantan, ia dapat menyelesaikan masalah kebanjiran penyokong yang selalunya gagal mendapatkan tiket bagi menyaksikan pasukan Kelantan menentang lawan mereka.
“Saya sebagai rakyat Kelantan sangat gembira mendengar manifesto yang diumumkan oleh Perdana Menteri dan kami sangat-sangat berharap semuanya menjadi kenyataan.
“Kalau boleh dalam jangka masa terdekat kerana kalau kira soal air itu memang kritikal..kemudian stadium selalu penuh. Kalau tak beli tiket awal memang tidak boleh masuk,” katanya.

Rakyat Kelantan sudah muak janji PAS

Warga emas, Husin bin Mamat, 67, Guru KAFA dari Kota Bharu turut mengalu-alukan perkara tersebut.

Yakin BN mampu mengotakan janji-janjinya kepada rakyat, Husin menegaskan rakyat Kelantan yang dahagakan kemajuan kini telah sedar bahawa PAS yang selama ini mentadbir negeri itu hanya bijak bermain dengan slogan semata-mata.

Janji-janji yang diuar-uarkan kepada rakyat Kelantan selama ini katanya telah gagal ditunaikan oleh PAS bersama sekutu-sekutunya dalam Pakatan Rakyat (Pakatan) iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Perkara-perkara yang telah dijanjikan oleh Datuk Seri Najib itu kita setuju dan kita berkenan untuk memajukan negeri Kelantan kita yang selama ini duduk di bawah pembangkang nampaknya tidak bergerak mana. Kita tolak (pihak) yang sentiasa main dengan slogan..memang kita tak boleh terima.“Pihak BN kalau dia janji dia buat apa yang dia janji. Pembangkang ini mana janji dia?“Rakyat Kelantan sekarang ini sudah sedar apa yang telah dijanjikan, diwar-warkan, tidak ditunaikan dan tidak ditepati janji-janji yang telah dibuat,” tegas beliau.Terdahulu Najib dalam ucapannya mengumumkan tujuh manifesto BN kepada rakyat negeri Kelantan sekiranya ia berjaya merampas semula negeri tersebut dari tangan PAS.

Tujuh manifesto BN di Kelantan:

1.    Pembinaan lebuhraya yang menghubungkan Kuala Krai – Kota Bharu secara berperingkat
2.    Stadium baru
3.    Menyelesaikan masalah air bersih
4.    Projek perumahan rakyat
5.    Kampus Bandar Universiti Teknologi MARA Malaysia (UiTM)
6.    Sebuah masjid dengan kos sebanyak RM50 juta sebagai ikon negeri
7.    Mewujudkan perkhidmatan Rapid bagi mengatasi masalah kesesakan di negeri Kelantan

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul