Mana suara PAS ketika Bible disebar di negeri Pakatan…?
DAP dan PKR tolak, PAS beransur.Macam mana agaknya PAS nak bersihkan dirinya dari persepsi popular ini jika segala gerak langkahnya kebelakangan ini jelas begitu.Tolak ansur...mungkin perkataan yang agak lembut untuk simpulkannya. Namun ada orang yang tidak fikir dua kali untuk label parti itu kini hanya ' pak turut' saja.Ada juga yang buat lawak PAS hanya menonjol apabila ada demonstrasi di mana unit amal PAS jadi pengawal lalulintas.Terbaru, ambil saja contoh kes penyebaran Bible di luar sebuah sekolah di Pulau Pinang, negeri yang ditadbir pakatan pembangkang.Cuba periksa, mana ada dengar suara-suara bantahan dari pemimpin PAS? Satupun tidak ada. Semua senyap seribu bahasa. Baik ulama mahupun yang bukan ulama di dalam parti itu.Hairan bin ajaib juga memikirkan sebelum PRU12 jika ada isu-isu sensitif begini, PAS paling ke depan, dulu bukan soal sebar Bible, hendak buat Majlis Perundingan Antara Agama pun PAS bantah bukan main.Tetapi kini, selepas menang dan menguasai beberapa negeri, PAS nampaknya sudah tidak minat isu-isu agama.PAS yang selama ini didokong oleh gerakan Islam dengan harapan membawa aspirasi mereka telah dan sedang mengkhianati amanah tersebut.Apa saja isu berkaitan Islam, apabila diasak oleh DAP dan PKR, PAS akan berundur.
Isu persembahan artis wanita di Kedah, kes kedai gunting rambut unisex di Kelantan, isu serbuan ke premis arak di Selangor, dan banyak lagi. PAS berundur.PAS Pusat kini yang majoritinya dikuasai oleh golongan bukan ulama lebih senang mengikut rentak tari yang dipalu oleh DAP dan PKR dari menari mengikut irama sendiri.Dalam kes kalimah Allah misalnya, golongan bukan ulama PAS selama ini selalu bersandarkan kepada Majlis Syura yang kata mereka “memimpin kami” tetapi terbukti sebaliknya.

Comments