Lim Guan Eng Semakin Resah Semakin Ramai Orang Melayu Bangkit Menentang Nya....
KLANG 13 Jan. - Sebanyak 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini mengecam kenyataan kontroversi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu dalam perutusan Krismas baru-baru ini.
Berikutan itu, pertubuhan berkenaan membuat laporan di Balai Polis Meru pada pukul 3 petang ini bagi mendesak pihak berkuasa menyiasat kenyataan tersebut dan mengambil tindakan tegas terhadap Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Antara NGO yang terlibat adalah Barisan NGO Meru, Gerakan Masyarakat Prihatin Meru, Belia Generasi Aktif, NGO Wanita Meru dan Komuniti Belia Bukit Kapar.

Comments