Lembu Dicucuk Hidung....Isu kalimah: Pemuda PAS akur keputusan Hadi

Cakap di luar berapi api membantah kalimah ALLAH diguna pakai bukan Islam...Bila Presidennya sudah keluar kenyataan Ketua Pemuda PAS terpaksa akur kehendak Presidennya...Ha ha ha ha...

SHAH ALAM: Ahli PAS akur dengan keputusan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa kalimah ALLAH boleh digunakan oleh penganut Kristian dalam kitab Bible Bahasa Melayu.
Ketua Pemuda PAS,"Berhubung kalimah Allah itu, saya sudah tidak boleh memberikan sebarang komen. Presiden telah keluarkan kenyataan, jadi kita anak buah ni...fullstop (berhenti dan akur).
"(Keputusan) itu sudah dibincangkan dalam (mesyuarat) PAS Pusat. Maknanya apa yang dia (Presiden) kata itu, muktamad dan mewakili parti," ujarnya dengan nada kecewa.Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan penganut Kristian boleh menggunakan kalimah Allah sungguhpun ia tidak mencapai maksud penuhnya dalam agama Islam.Kenyataan beliau itu menyokong desakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mahukan kitab Bible Kristian di Semenanjung Malaysia dibenarkan mengguna kalimah Allah.
Bagaimanapun kenyataan Hadi itu bertentangan dengan pendirian beberapa pemimpin PAS lain termasuk Ketua Penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.Beliau menegaskan Allah tidak wajar digunakan dalam terjemahan Bible.Namun kata Hadi, isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible adalah isu terjemahan semata-mata.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul