Saturday, January 5, 2013

Lancar kempen bantah tindakan Lim Guan Eng...Lagi larilah Nampaknya

Jaringan Melayu Pulau Pinang (JMPP) hari ini melancarkan kempen mengumpul tandatangan bagi membantah tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung desakannya agar kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu.
Penyelaras JMPP Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata menerusi kempen itu pihaknya akan mengumpul tanda tangan masyarakat Islam di Pulau Pinang sebelum menyerahkannya bersama 25 salinan laporan polis berhubung perkara itu yang telah dibuat sebelum ini kepada Ketua Polis Negara secepat mungkin.

"Kami bukan nak mewujudkan suasana anti Kristian. Kalau anti Guan Eng, yes...memang kita sedang kempen untuk orang anti Guan Eng dan bukan sebab dia (Guan Eng) seorang Cina."Kita anti Lim Guan Eng sebab dia suka mencetuskan isu-isu kontroversi agama," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen itu selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Kapitan Keling, di sini. - BERNAMA
Comments
0 Comments

No comments: