Krisis Air: Khalid Ibrahim reka cerita


Kerajaan negeri Selangor memutarbelitkan fakta apabila mendakwa SYABAS hanya mengemukakan permohonan sistem pengepaman tambahan baru di  Wangsa Maju Kuala Lumpur pada November lalu dan diluluskan oleh kerajaan negeri awal tahun ini.

Pengarah Eksekutif Pembangunan Teknikal SYABAS,  V. Subramaniam menegaskan bahawa pada Mac 2012, kerajaan persekutuan bersetuju memberi pinjaman kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan  projek itu, namun ia tidak dijalankan.

Penjelasan Subramaniam itu penting kerana krisis air di Gombak dan Kuala Lumpur berpunca daripada kerosakan rumah pam di Wangsa Maju yang menyebabkan hampir setengah juta pengguna di Gombak dan Kuala Lumpur terputus bekalan air.

Subramaniam turut menjawab dakwaan-dakwaan lain yang dibuat oleh Khalid termasuk :

1.SYABAS  tidak cukup duit membaiki kerosakan itu   :

Subramaniam : SYABAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang menyebut bahawa SYABAS tidak mempunyai wang untuk membaiki pam itu kerana tarif air tidak naik. Ini adalah rekaan Menteri Besar sendiri. Walau bagaimanapun, sekiranya Kerajaan Negeri selaku pemegang saham 30 peratus dalam SYABAS ingin membantu dengan menyediakan dana untuk penyelenggaraan alat-alat di rumah-rumah pam SYABAS, cadangan ini amatlah kami alu-alukan.

2. Kerajaan Negeri menegur SYABAS lebih awal mengenai masalah rumah pam Wangsa Maju, namun tidak ada tindakan diambil.

Subramaniam: Dakwaan Menteri Besar adalah tidak benar kerana Kerajaan Negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang teguran atau yang seumpamanya kepada SYABAS, samada bertulis ataupun lisan.

3. Sepanjang 2012, hanya 18 hari sahaja pam-pam di rumah pam Wang Maju beroperasi melebehi 200 juta liter sehari (JLH).

Subramaniam: SYABAS mempunyai rekod dan statistik yang menunjukkan bahawa pam-pam di Wangsa Maju telah beroperasi melepasi 200 JLH sebanyak 2,023 kali sepanjang tahun 2012.

4. Syabas tidak menyelenggara sistem Variable Speed Drive (VSD) di rumah pam Wangsa Maju secara berkala kerana tidak ada kontrak penyenggaraan dengan pembekal sistem.


 Subramaniam: Dakwaan ini adalah tidak benar kerana, kerja-kerja penyelenggaraan di rumah pam dibuat secara berkala yang dilakukan sendiri oleh kakitangan SYABAS dalam kekerapan sekali setiap bulan.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul