Ketua Pemuda PAS iri hati - Memang terbaik Lah Khairy
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan kena balon sana sini.
Susah nak cakap ini macam punya standard pemikiran orang yang memimpin ketua pergerakan pemuda parti bulan itu.Ini nampaknya selari dengan pelbagai cacamarba yang melanda parti itu akhir-akhirnya kerana terlalu hendak tunjuk kasih mesra pada rakan pakatan - DAP dan PKR hingga terlupa asas dan prinsip asal usul.
Janji kejar undi...lain lantaklah.
Al-kisahnya memang ramai yang terkejut dengan komentar Nasrudin di laman facebooknya tibai lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza.Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu berkata sepatutnya sepatutnya mengetepikan kepentingan politik dengan memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri kerana lawatan itu menunjukkan rakyat negara ini sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin.
Beginikah persepsi seorang yang bergelar Ustaz terhadap orang lain. Dalam hatinya sentiasa memandang buruk dan hina terhadap orang lain. Dalam jiwanya sentiasa iri hati melihat orang lain berbuat kebaikkan sedangkan dirinya tidak berbuat apa2 kebaikkan. Dalam pandangan matanya adalah pandangan buruk kepada orang lain walaupun berlaku didepan mata. Mulutnya sentiasa menghamburkan kata hina kepada orang lain walaupun orang itu melakukan kebaikkan yang nyata. Niat dihatinya sentiasa buruk terhadap orang lain walaupun orang itu ikhlas berbuat kebaikkan.
Pada pandangan matanya, niatnya, hatinya, pemikirannya dan mulutnya memang tidak pernah ada terselit walau sebesar zarah terhadap kebaikkan orang lain terutama kepada orang-orang UMNO.
Inikah sifat-sifat seorang yang bergelar ustaz. Layakkah manusia seperti ini ditarafkan sebagai seorang ustaz???

Comments