Keputusan CEC : Mahathir dakwa DAP Pancing Undi Melayu.
PUTRAJAYA 8 Jan. - Perubahan mengejut keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif
Pusat (CEC) DAP merupakan satu helah politik parti itu untuk memancing undi
Melayu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, DAP terpaksa memperbetulkan keputusan rasmi pemilihan yang dikeluarkan pada 15 Dis lalu berikutan kesemua lapan calon Melayu mengalami kekalahan teruk dalam pemilihan parti itu.
Beliau berkata strategi DAP yang mengubah keputusan pemilihan tiga minggu selepas pemilihan sebenar berlangsung itu hanya bertujuan memperbodohkan Melayu.
"Itu bukan silap (DAP). Cara (pemilihan) itu betul tetapi apabila DAP mendapati tiada langsung pemimpin Melayu dalam DAP, dia (DAP) kata dia silap.
"Tak kan lah begitu bodoh sekali sehingga nak kira undi pun tak tahu. Kalau dia (DAP) tak tahu nak kira undi, tak payah lah nak jadi kerajaan.

Comments