Kenyataan Azmin Bukti Kecelaruan Kepimpinan Pakatan Pembangkang
Kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali bahawa Pakatan Pembangkang akan terus berpegang kepada keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada penganut Kristian memperlihatkan betapa bercelarunya perpaduan dan kesepakatan yang wujud di dalam gabungan parti pembangkang tersebut.“Jika dalam hal-hal sebegini pun mereka tidak boleh bersepakat, bagaimana mereka mahu bersepakat untuk membina dan mentadbir negara? Sudah tentu akibat ketidaksepakatan mereka sesama sendiri, pentadbiran negara akan bertambah caca marba akibat perbalahan pendapat sesama sendiri. Inilah masalah utama Pakatan Pembangkang,” “Pas perlu sedar bahawa di kalangan kepimpinan mereka ada pengikut-pengikut tegar Anwar Ibrahim. Selama ini, sememangnya Anwar telah meletakkan orang-orangnya untuk meliberalkan Pas dan juga akan menenggelamkan suara majlis syura ulama Pas.mereka tidak pernah sepakat. Tanpa kesepakatan, bagaimana kita mampu untuk mentadbir negara dengan baik? Mereka lebih banyak menghabiskan masa berbalah sesama sendiri untuk menegakkan kepentingan politik parti masing-masing, sehingga mengabaikan rakyat yang telah memilih mereka sebagai wakil rakyat dan kerajaan,”
.jpg)
Comments