Kalimah Allah:Tindakan Azmin diselar, hina Ulama


Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad menyelar tindakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang mempertikaikan pendirian Majlis Syura PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu.Malah, Ismail mendakwa Azmin tidak berhak untuk mencampuri urusan dalaman PAS memandangkan parti itu tidak pernah mempertikaikan sebarang keputusan yang dibuat PKR meskipun ada di antaranya yang tidak disenangi.

Menurut Ismail, walaupun berpendapat tindakan ahli Parlimen Gombak itu sebagai tidak wajar, namun ia bukanlah sesuatu yang asing memandangkan Azmin dan rakan pimpinan dalam PKR sentiasa menolak Islam dan juga pandangan para ulama.Tindakan Azmin itu juga tegas beliau bercanggah dengan konsep demokrasi yang diperjuangkan partinya sendiri dengan tidak menghormati keputusan dalaman PAS yang terang-terang tidak mempunyai kaitan dengan Pakatan Rakyat (Pakatan).
 “Pendirian Azmin yang mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama PAS adalah bercanggah dengan semangat demokrasi yang mereka konon memperjuangkannya. Mereka patut menghormati keputusan dalaman PAS yang tiada kena-mengena dengan Pakatan," katanya.

Justeru, Ismail mahu PAS mempertimbangkan semula kerjasamanya dengan rakan sekutunya khususnya DAP yang tidak henti-henti melakukan provokasi terhadap umat Islam sekaligus menghina para ulama termasuk anggota PAS sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul