Kalimah Allah: Singa DAP dah mengaum tu...


Ini bukan satu cerita baru.Kalau kita putar balik mengenai isu hajat PAS nak laksana hudud dan tubuh negara Islam,DAP tidak pernah berganjak menentangnya.Dari masa ke semasa kebelakangan ini rakyat negara ini terpaksa melayan drama PAS-DAP bersilat tentang isu ini.Nampaknya bukan setakat itu...kini kalimah suci bagi umat Islam melalui drama yang sama.Sebenarnya perang terbuka antara dua sahabat politik ini dalam soal pendirian masing-masing bukanlah satu isu kecil.Peliknya ketika hu ha ini disaksikan sendiri oleh semua orang,para pemimpin PAS masih ada selera untuk kata para pemimpin DAP semakin memahami tentang agama Islam.

Bukan  itu sahaja,dikhalayak ramai pemimpin kedua parti boleh berdrama berpeluk mesra macam tak ada hal.Ini belum perintah satu negara.Dari riak yang ada sekarang tidak salah siapa saja buat andaian ' perang besar u see' jika mereka melangkah ke Putrajaya.Jika tidak begitu apa lagi andaian yang boleh dibuat bila mendengar kenyataan 'langkah mayat' segala macam kalau PAS berani nak teruskan hajatnya.Ada juga cerdik pandai politik yang membuat andaian drama tegang urat ini tidak lebih dari taktik orang yang memancing dua kolam.DAP kekal dengan pendirian ekstrimnya untuk menambat hati pengundi bukan Melayu manakala PAS juga sama untuk kaut sokongan orang Melayu.

DAP campur PAS sama-sama untung.

Bijak memang bijak.Cuma yang tidak sedap ialah moral of the story - agama jadi taruhan dan modal politik dalam permainan ini.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul