Kalimah Allah: Rakyat keliru pendirian Hadi


KOTA BHARU: Sikap membisu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang memutuskan penggunaan kalimah Allah dilarang sama sekali dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu, jelas mengelirukan rakyat khususnya penyokong PAS.Hadi pada 8 Januari selepas menyertai mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat memutuskan kalimah Allah boleh digunakan oleh semua rakyat dengan syarat ia tidak disalahgunakan.Ketetapan yang didokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil disaksikan Ketua Pembangkang DAP, Lim Kit Siang itu dilihat seperti strategi politik Pakatan Rakyat bagi menarik penyokong gagasan itu turun beramai-ramai ke himpunan pembangkang pada 12 Januari lalu.
Bagaimanapun sehari selepas himpunan itu berlangsung konsensus pakatan itu sedikit goyah apabila Majlis Syura Ulama PAS memutuskan penggunaan kalimah Allah adalah dilarang dalam kitab Bible kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan yang 'nyata'.Bagi Zulkarnain Abdul Razak, 62, yang merupakan seorang bilal, Hadi harus tegas dan tidak memanipulasikan isu itu untuk kelangsungan politik Pakatan Rakyat.

"Ia hanya untuk ambil perhatian rakyat, (untuk kepentingan) parti dia sahaja. Masalah guna kalimah Allah, itu kurang elok. Hak kesucian agama kita, dia (Pakatan Rakyat) mencabar, khususnya nama Allah, tidak boleh dipermainkan.

"Memang ia khusus, sebagai menghormati agama Allah, kerana itu nama Allah tidak boleh dipermainkan, perlu kekal dan dipelihara," ujarnya.Bagi seorang pekerja sendiri, Abdullah Ismail, tindakan Hadi yang menurut kehendak rakan kompenannya bersabit penggunaan kalimah Allah jelas menunjukkan beliau sanggup diperkudakan rakan sekutunya, DAP dan PKR."Dia sendiri pun tidak faham apa yang dia cakapkan itu. Rakyat patut sedar, lebih-lebih lagi umat Islam di negara ini, malahan perkara ini telah lama ditegah.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul