Kalimah Allah: Peluang PAS kembali ke pangkal jalan...
Hari demi hari, PAS yang asalnya agak disegani sesetengah pihak kerana memperjuangkan Islam semakin hilang maruah sejak bersekongkol dengan PKR dan tunduk kehendak DAP.Semua itu kerana peranan Anwar yang bijak menutur kata dan berjanji apabila berdepan pemimpin besar PAS terutama Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Namun, jika PAS memilih jalan keluar, ulama parti perlu kekal dengan pendirian dan Hadi pula kena akur kerana Majlis Syura adalah pimpinan tertinggi parti.Seandainya berlaku dan Anwar serta DAP tidak bersetuju dengan keputusan itu, PAS boleh memilih jalan perjuangan sendiri.Isu ini, sebenarnya boleh digunakan PAS bagi menebus segala kesilapan sejak bersama-sama dengan PKR dan DAP dengan meninggalkan pakatan pembangkang.
Ini juga pembuka jalan PAS membersihkan parti daripada kumpulan Anwarinas dan parasit sebelum PRU ke 13.

Comments