Kalimah ALLAH, Pas jadi tikus...Ha ha ha

Dalam konteks ini Lim Guan Eng misalnya, kembali menimbulkan semula isu kalimah ALLAH yang pernah mengeruhkan politik tanah air suatu ketika dulu. Siapalah Guan Eng untuk berkata hal seperti ini. Dia bukan seorang pakar agama apatah lagi beragama Islam.Namun, Guan Eng tidak ada banyak pilihan. Mahu tidak mahu inilah cara terbaik untuk cuba alih perhatian umum pada masalah yang membelenggu DAP.Dengan Guan Eng mempermodal semula isu ini diambang penutupan tirai 2012 dan ketika PRU13 kian menghampiri, ia boleh memberi erti beliau mahu menarik sokongan puak Kristian, khusus di Sabah dan Sarawak. Kedua-dua negeri ini merupakan fixed deposit buat BN, justeru ia harus dipecah bagi memudahkan rancangan DAP dan regunya menguasai Putrajaya.  
Penyakit menggunakan agama atau isu agama untuk mendapatkan kelebihan politik dan sokongan yang menjadi trademark Pas selama ini nampaknya sudah mula menjangkiti DAP.

Agak malang puak pembangkang yang bersidang, tidak lama dulu, secara tergempar menerima penggunaan kalimah ALLAH. Ketua Pembangkang yang rapat dengan fahaman pluralisme macam memberi lampu hijau.Sebab itu Pengerusi DAP negeri Perak Ngeh Koo Ham dalam twit terbaru berkata "marilah kita bersama-sama memastikan isu penggunaan ALLAH tidak dijadikan isu pilihan raya, malah Pas telah pun membuat keputusan perkataan ALLAH boleh digunakan oleh bukan Islam.”

Pas nampaknya cuba menjarakkan diri dari terbabit sama ada dengan berdemonstrasi atau mengeluarkan kenyataan membidas kerana takut dipandang serong oleh pencetusnya. Pengerusi Pas negeri Datuk Saleh Man menafikan ahli-ahli Pas turut berdemonstrasi membantah keceluparan Guan Eng tempoh hari.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul