Kalimah Allah: PAS ' flip flop' dan tiada prinsip
Oleh kerana kepentingan politik serta takut kehilangan sokongan dan undi parti PAS boleh main ‘flip-flop’ tentang kalimah Allah.
PAS yang mengakui memperjuangkan Islam juga dilihat tidak berprinsip dan kecelaruan pemimpinnya dalam menyatakan pendirian, akhirnya terpaksa akur dengan asakkan pelbagai pihak terutama dari mufti yang menolakkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab bukan Islam.Sebagai rekod sebelum ini Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersekongkol dengan pendirian Pakatan Pembangkang bahawa bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah dalam kitab berbahasa Melayu walaupun perkataan itu merupakan hak eksklusif bagi orang Islam di negara ini.

Comments