Kalimah Allah : Hasan Ali dakwa Pakatan Sokong Perbuatan Syirik.


BUKIT MERTAJAM 26 Jan. - Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang menyatakan sokongan terhadap penggunaan kalimah Allah sebagai rujukan maksud Tuhan penganut agama lain menerusi mana-mana Kitab dianggap satu perbuatan.

Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Hasan Ali berkata,  beberapa Pemimpin PAS dan PR diketuai oleh Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim sewajarnya menghormati pendirian Majlis Syura Ulama' yang merupakan sebuah Jawatankuasa paling dihormati dalam isu-isu berkaitan Islam.
"Sepatutnya pemimpin dan ahli PAS lain akur dengan keputusan. Kenapa masih ada yang mahu mempertikaikannya kerana ia turut dipersertujui oleh Majlis Syura PAS.

"Jadi saya serahkan kepada anda semua untuk membuat penilaian sendiri mengenai pendirian pemimpin tertentu dari Pas dan PKR yang masih enggan menerima keputusan itu," katanya kepada media selepas menyertai forum sempena Maulidur Rasul di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Bandar Perda di sini, semalam.Bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor itu menegaskan, kepimpinan PAS yang menyokong pendirian keputusan Mesyuarat majlis Pimpinan PR 8 Januari lalu telah mengenepikan ketetapan hukum Syirik dari Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Harun Din dua tahun lalu.Beliau turut menggesa kesemua umat Islam menolak fahaman ini dan pengamalnya agar akidah umat Islam tidak terus terpesong dengan amalan karut dan dimurkai Allah.

"Kita kena tentang habis-habisan dakyah jahat ini. Kita kena fikir nasib anak cucu kita pada masa akan datang. Jika kita lalai, maka masa depan mereka akan dipenuhi dengan gejala yang menyimopang jauh dari ajaran Islam," katanya.Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mendakwa beliau menghormati pandangan Majlis Syura PAS mengenai penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam akan tetapi tetap memegang pendirian Pakatan Rakyat sebagaimana yang dibacakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul