Kalimah Allah :Dilema Hadi dan Khalid...
Nasib dua pemimpin besar pakatan PAS-PKR-DAP ini nampaknya hampir sama.Bukan sahaja Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga nampak haru biru berdepan isu kalimah Allah.Ada cerdik pandai berkata, dalam hidup, mustahil boleh dapat segala-galanya.Begitu jugalah nasib Hadi dan Khalid yang terpaksa meranduk duri dalam isu yang mencetuskan rasa kecewa dan marah dikalangan ramai orang Islam di negara ini.
Kini sudah termaktub dalam hitam putih pakatan pembangkang sepakat menyatakan kalimah Allah boleh digunakan penganut agama lain.
Bayangkan Hadi sendiri mewakili parti yang mendakwa memperjuangkan Islam 'ditolak' ke depan membacakan kenyataan pendirian itu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang duduki disisinya dalam sidang media mereka.Dan di situ juga Anwar seolah-olah memperkecilkan pendirian dan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui kenyataan dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bahawa kalimah Allah eksklusif bagi umat Islam.Ketua Pembangkang itu meremehkan pendirian tersebut dengan memberi gambaran seolah-olah MAIS tiada kaitan dengan kerajaan Selangor pimpinan PKR.

Comments