Janji 7 Projek Besar Bawa Penilaian Besar Rakyat Kelantan Terhadap Kegagalan Pas Selama Lebih 20 Tahun
KOTA BAHRU 23 Jan – Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melaksanakan tujuh projek besar membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak pernah menyisihkan mana-mana pihak demi untuk kesejahteraan rakyat.
Ketua Wanita UMNO Kelantan, Datin Rahimah Mohamad menyifatkan pengumuma Perdana Menteri itu menunjukkan keprihatinannya untuk memajukan negeri Kelantan yang dilihat terpinggir sejak diperintah oleh Pas sejak kira-kira 20 tahun lalu.
“Apa yang diumumkan itu Perdana Menteri itu adalah suatu rahmat kepada rakyat Kelantan, sejak diperintah Pas tiada pembangunan yang mampu dibawa oleh mereka, malah rakyat hidup daqlam keadaan tertekan dengan pelbagai masalah terutama membabitkan kemudahan asas.
“Perdana Menteri juga turut berjanji untuk membantu menangani masalah bekalan air bersih, sudah lama perkara ini berlaku, namun sehingga sekarang kerajaan Pas masih tidak dapat menyelesaikannya, ada penduduk luar bandar yang terpaksa bergantung kepada sumber air lain seperti perigi dan sungai,” katanya kepada UMNO-Online.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Perdana Menteri untuk melaksanakan tujuh projek besar di Kelantan ketika mengadakan lawatan kerja ke negeri itu Ahad lalu.
Tujuh projek berkenaan ialah pembinaan Lebuh Raya Kuala Krai-Kota Bharu, masjid terbesar sebagai ikon, 3,000 unit Program Perumahan Rakyat, kampus bandar Uitm untuk 5,000 penuntut, sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, membina stadium baru dan menangani masalah bekalan air.
Rahimah berkata, kepimpinan Barisan Nasional sentiasa prihatin dengan nasib rakyat, walaupun Kelantan diperintah oleh pembangkang namun pembangunan dan kemudahan untuk rakyat tidak pernah dipinggirkan sejajar dengan slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulu, Pencapaian Diutamakan.
“Hanya Barisan Nasional sahaja yang mampu mambawa perubahan untuk rakyat bernading dengan pembangkang yang hanya pandai bercakap dan mencari kesalahan tetapi tidak tahun menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat,” katanya.
Beliau berharap dengan apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri itu ia diharap dapat membawa perubahan pada pilihan raya umum nanti dan rakyat Kelantan akan memilih Barisan Nasional bagi memastikan kesinambungan pembangunan untuk rakyat negeri itu. -MediaUMNO
Comments