Jangan Bagi Muka Lagi...Halau Jer Jelajah ANAK Tu

KOTA TINGGI - Ketua peneroka dari lapan tanah rancangan Felda di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sedili di sini menghantar memorandum untuk menghalang ceramah politik pembangkang diadakan di kawasan mereka.Lapan kawasan terbabit ialah Felda Lok Heng Selatan, Felda Lok Heng Barat, Felda Lok Heng Timur, Felda Aping Barat, Felda Aping Timur, Felda Simpang Waha, Felda Bukit Waha dan Felda Easter.Memorandum diserahkan kepada Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi pada satu perjumpaan semalam.

Ketua Peneroka Felda Lok Heng Selatan, Mohammad Bakar berkata, memorandum itu mewakili suara semua penduduk termasu persatuan belia, Gerakan Persatuan Wanita (GPW) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ada dalam kampung berkenaan.Menurutnya, penduduk kampung berkenaan sudah sebulat suara bersetuju dalam mesyuarat kampung untuk menolak sekerasnya kehadiran pembangkang di kampung mereka.“Selama ini kita telah memberi peluang kepada mereka mengadakan ceramah dalam kawasan gugusan ini. Kini, tempoh mereka telah tamat, malah kita tidak mahu mereka datang ke kawasan kampung kami lagi.“Tambahan pula kita takut jika kehadiran mereka nanti akan mencetuskan provokasi dan seterusnya mencetuskan suasana yang tidak aman,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul