Isu tanah: Kami sedia disiasat, kata Nik Aziz


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan bersedia untuk disiasat mana-mana pihak bersabit isu pajakan tanah seluas 4,000 hektar kepada syarikat yang kini dimiliki dua pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pihaknya terbuka kepada apa jua bentuk siasatan kerana kerajaan negeri sentiasa mengamalkan dasar telus dalam pentadbirannya.
Menurutnya, pegawainya telah pun menyerahkan fail-fail berkaitan urusan pajakan tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disiasat.
“Saya beri peluang kepada orang buat apa sahaja termasuklah suruhanjaya diraja atau apa sekalipun. Saya selalu sebut, pejabat saya dibuka 25 jam sehari dan bukannya 24 jam.
“Dengan cara itu saya sendiri selalu beringat, pegawai sendiri selalu beringat, kerana apa? Kerana Menteri Besar sebut 25 jam buka pejabat untuk disiasat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengulas desakan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mahu suruhanjaya ditubuhkan bagi merungkai rasa tidak puas hati rakyat negeri ini berhubung penjelasan yang dibuat kerajaan negeri berhubung pajakan tanah tersebut.
Sebelum ini, blog pisau.net melaporkan kerajaan negeri Kelantan menganugerahkan tanah seluas 2,400 hektar kepada Ngeh dan Nga sebagai pertukaran bagi melantik Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2008.
Bagaimanapun, Koo Ham menjelaskan tuduhan itu tidak benar kerana ia merupakan satu transaksi urusniaga pembelian yang biasa.

Comments

nonbal said…
Apabila sudah bertembung jalan mati, maka inilah kenyataan Nik Aziz.... Bila tiada lagi jalan untuk berpusing dan berhelah, maka nada mencabar bercampur pasrah dan diadun dgn nada minta simpati pun mula kedengaran...... Ulamak akhiruzzaman Nik Aziz.

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul