Isu Kalimah Allah : NGO, Ahli Akademik dan Ilmuan Islam Bidas Keputusan Pas...Habislah Kali PAS Namanya Sudah Tercemar Teruk
Beberapa Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), ahli akademik dan juga ilmuan Islam membidas tindakan kepimpinan Pas yang membuat kenyataan bersama-sama kepimpinan Pakatan Pembangkang yang lain bersetuju bahawa nama Allah boleh digunakan oleh penganut bukan Islam di negara ini.Presiden Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKKDAS), Ustaz Rosdi Long berpendapat bahawa perbincangan yang dibuat oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang, yang dihadiri oleh kepimpinan Pas itu merupakan satu perbincangan politik dan bukanlah perbincangan mengenai soal-soal akidah yang menjadi teras dalam Islam.
Selain itu, Deputy CEO for Student Affairs di Al-Madinah International University, Shah Alam, Dr. Fadlan Mohd Othman berkata isu pengguna nama Allah ini perlu dilihat daripada dua sudut, iaitu dari sudut ilmiah dan realiti masyarakat di negara ini.
“Jika kita lihat dari sudut ilmiah secara umum, ia tidak ada masalah tetapi jika dilihat daripada sudut realiti di negara ini, penggunaan nama Allah secara rasmi oleh penganut bukan Islam akan menimbulkan kekeliruan dan huru hara di dalam masyarakat di negara ini.“Dalam realiti masyarakat Malaysia hari ini, nama Allah hanya boleh digunakan untuk agama Islam saja. Sebelum ini pun, kita tak pernah mendengar mana-mana pengikut agama lain yang memanggil Tuhan mereka dengan nama Allah di dalam negara ini.“Jadi sekiranya kita bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada penganut agama lain untuk menggunakan nama Allah merujuk kepada Tuhan mereka, maka ia boleh menimbulkan kesan yang tidak baik terhadap keamaman negara, memandang realiti masyarakat dan perlembagaan di negara ini amat berbeza dengan negara-negara lain,” jelasnya.
Menurut pensyarah di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Putra Malaysia, Dr. Amini Amir Abdullah berpendapat bahawa keputusan yang dibuat oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang termasuk kepimpinan Pas berhubung isu penggunaan kalimah Allah merupakan satu penghinaan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.“Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun menetapkan keputusan dan kepimpinan Pakatan Pembangkang sepatutnya menghormati keputusan tersebut. Namun jelas, mereka, terutama kepimpinan Pas menidakkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan tunduk kepada kehendak DAP yang membangkitkan kembali isu ini.“Keputusan ini dibuat hanyalah berdasarkan kepentingan politik semata-mata dan bukannya memikirkan tentang soal-soal akidah dan kepentingan umat Islam dan negara secara amnya,” jelasnya.

Comments