Friday, January 25, 2013

Inikah sifat-sifat seorang yang bergelar ustaz.Layakkah manusia seperti ini ditarafkan sebagai seorang ustaz?


Beginikah persepsi seorang yang bergelar Ustaz terhadap orang lain. Dalam hatinya sentiasa memandang buruk dan hina terhadap orang lain. Dalam jiwanya sentiasa iri hati melihat orang lain berbuat kebaikkan sedangkan dirinya tidak berbuat apa2 kebaikkan. Dalam pandangan matanya adalah pandangan buruk kepada orang lain walaupun berlaku didepan mata. Mulutnya sentiasa menghamburkan kata hina kepada orang lain walaupun orang itu melakukan kebaikkan yang nyata. Niat dihatinya sentiasa buruk terhadap orang lain walaupun orang itu ikhlas berbuat kebaikkan.

Pada pandangan matanya, niatnya, hatinya, pemikirannya dan mulutnya memang tidak pernah ada terselit walau sebesar zarah terhadap kebaikkan orang lain terutama kepada orang-orang UMNO.
Comments
0 Comments

No comments: