Ingatan Kepada Orang Islam....Nooh Gadut: Mereka benarkan penggunaan Kalimah Allah di Bible boleh Jadi murtad
Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut berkata mereka yang membenarkan penyelewengan penggunaan kalimah Allah boleh jadi murtad dan perlu bertaubat dengan segera.
Menurutnya kalimah Allah adalah hak mutlak agama Islam serta mereka yang mengucap dua kalimah syahadah iaitu kalimah penyaksian, sumpah setia dan akujanji terhadap keEsaan Allah S.W.T.
"Apabila sesuatu hukum telah tercatat di dalam Al Quran dan Hadis, selain ijmak ulamak, maka ia tiada kompromi.
"Daripada segi hukum kalau seseorang itu melanggarnya, dia boleh jadi murtad dan kafir sekiranya perbuatan itu dilakukannya dengan keadaan sengaja dan waras," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Wakaf dan Perancangan Harta Pusaka Islam, di sini Sabtu.
Katanya, di dalam Al Quran jelas menerangkan kalimah Allah merupakan kalimah eksklusif untuk orang Islam sepertimana dalam Surah Thaha ayat 14 maksudnya, "Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Aku".

Comments